Monday, September 09, 2013

matta fair 2013!

yeee..matta fair kembali untuk kali terakhir tahun ni! (kebetulan company tgh setup wat job ni). Tetiba mood aku nk bercuti pun datang...kali ni merewang ke eropah. (Nak bercuti biar betul2 kan?). Teringin nk bercuti kat..

...sini!
amsterdamm...antara bandar eropah jadi pilihan
sini!...
dari dulu lagi aku teringin nk g sini..kota cinta
sini!..
arghhhh! windmill...holland, negara bunga tulip
 sini!! ...
antara bandar Jepun yang cantik, sakura sana sini..

 ..tapi macamla ada duit nak jenjalan g sana...(mimpi jelaaa..).



Wednesday, September 04, 2013

Valencia - Moving stock!

Tengahari tadi singgah kejap kedai perabot Valencia area opis aku kat sg buloh. Kebetulan aku tertarik dengan ayat kat banner situ  'MOVING STOCK' sebab biasanya harga barang lebih murah gila babun termasuk la perabot baru kuar. Almaklumla, showroom nak pindah tempat baru, lagi luas.. bak kata salesperson mereka. Oh ya, jualan murah ni hanya berlangsung sampai 30 November ni. Aku tak tau sama ada ni langkah kanan atau duit dibank itu tidak perlu diusik dulu? ARgghhhhh...aku pening kejap! k, garu kepala....
terus minat dengan meja dan harga dia! ohhh tertawan abis
Kalau diikutkan kedai dia kat tepi jalan je, besar dan bangunannya buruk (jika tengok dari luar). Sekali bila masuk je, nah kauuu..luasssss..! Dan customer memang tak ramai (mungkin yang datang pun orang yang keje area situ2 je...macam aku :D). Jom jalan2 tgk dalam dia..

Ni antara pandangan dari pintu masuk depan
 
Set sofa, set meja makan dan perabot hiasan ada kat area ni..

Luaskan? Jemputla survey2 :)

Sana sini ditampal kertas kuning (lepas discount). Memang tak tentu arah aku dibuatnya (padahal aku wat2 cool je).hahhahaha. Masa tu la dalam kepala nak ajak cik abang datang sekali kot dia nak usha2 kabinet tv kat situ. Dan masa tu jugak aku pikir nak beli set bilik tido anak bujang sorang tu...hiihih..

Bahagian tingkat atas, kebanyakan da move

Nampak katil besi tu? Harga asal dekat RM700, after less dekat RM400. Iye, saya berkenan..! Tapi baru2 ni tengok dekat IKEA katil besi dia pun cantik, tapi tak tau kukuh ke tidak.


siap print screen lagik!

Al maklum la perabot kat umah tu tak berapa nak complete sangat...tv pun letak atas rak Giant time aku bujang tu (tunggu masa je tu..)ada tu pulak kotak besar cover dengan kain konon nampak macam meja. sekurang2nye beli sikit2 mana mampu, tak mahal atlist proper..tetamu datang pun tak segan..:D. Survey meja makan bulat harga rata2 dekat 1k..mana la mampu..."meja je kottt.."...huhuk.~~


Yang ni special kabinet. Pasai apa? Sebab ni versi export punya..real kayu..bukan compress2. Memang kukuh, tahan lama. Oh ya, dan ianya BARANG BARU! Tgk la harga yang dia display, giler kan? Kilang yang buat ni da bankrap, so dorang nak abis kan stock. Kalo jual harga biasa mau dekat ribu2.

Memang kene jugak ajak cik abg!...aku da tebayang2 dah ni...hahhahaha!



Wednesday, August 28, 2013

Malang tidak berbau :(

Pagi tadi time nak g keje, macam biasa aku akan lalu satu lorong kecil dari rumah menuju jalan besar. Kebiasaannya mana2 kereta yang masuk akan diberi laluan oleh kereta yang nak keluar. Dipendekkan cerita, lepas bagi satu kereta tu masuk, sekali bumper depan ku tersagat batu besar (sumpah memang tak nampak dek aku ni rendah sangat). Adusss...musibah sungguh. Secara tak langsung mood aku pagi tu down kejap (dah la sebelum ni ada kemek sana sini tapi tak repair lagi). Next week pulak gaji, nak taknak kene korban jugakla tuk tenggiling bertuah ni....arghhhhhhh!!


haii...da nasib~~ sob..sob...

Wednesday, June 26, 2013

Redem Groupon - Bio jourdeness

Jumaat lepas aku amik cuti 1 hari semata-mata nak buat appoitment dengan spa ni. Dah 2 minggu aku beli kupon ni, so aku nekad sebelum Ramadhan tiba aku nak kasi refresh balik sengal2 urat dalam badan ni. Maklum la, lepas beranak ni aku kureng sikit jaga badan..alang2 groupon ada offer best ni memang aku tak lepaskan peluang la. Zap! cargas saje aku bayar menggunakan online banking (mentang bajet tengah ada; tu aku gunakan dengan sepenuhnya).Tempat aku nak pegi ni kene add-on RM20 - coz deluxe outlet.
Ni tempatnya, awal 15 minit aku sampai. Memang situ area2 butik kecantikan.
 Kebetulan cik abang pulak offday hari yang sama, so dia jadi baby sitter jaga Alip jap. Hikhik...lagipun da set appoitment pagi pukul 10 pagi. Bangun pagi tu, bancuh susu Alip lepas mandi bagai - dalam pukul 9 suku pagi aku gerak pegi Bukit Tinggi Klang. Mujur tempat ada banyak outlet, salah satunya dekat Bandar Botanic berhadapan dengan Jusco Bukit Tinggi. Kalau diikutkan bukannya jauh sangat pun Bukit Tinggi dengan Rantau Panjang Klang, tapi aku tak confident takut lewat sampai. Oh ya, mulanya cik abang nak teman sekali, tapi aku takut dia bosan sebab treatment dalam 3 jam! Apa nak dibikin lelaki disitu kalau dalamnya all ladies sajo? ahaks! Nak tanak tepaksa la dia duk umah..lagipun poket tengah tak berapa best nak pegi bejalan-jalan masa tu..hikss!
Interior kat depan. Simple dan menarik!

Sampai-sampai saje, memang disambut mesra. Dorang minta duduk dulu, sebelum tu kene tukar sandal khas. Kasut aku simpan dalam locker. Pastu dihidang rose tea (aku tertarik dengan cawannya!).


Sandal khas pakai kat dalam

Jemput minum dulu ya..sebelum minum
 aku tenung cawan piring dia..cantik!


Ok pasal rose tea ni dihidang 3x; 1st masa sampai, 2nd lepas kene urut n 3rd, waktu nak balik. Yang bestnya, sebelum masuk infrared kabin pon aku diberi minum air milo dengan roti sebab takut aku pengsan. Erk..pagi tu aku da breakfast tapi awal sangat masa tu, so dorang bagi untuk tenaga lebih sikit. Bilik treatment dorang pun bagi aku sangat kool! ok, very privacy means tak ada share la. Barang pon boleh simpan dalam locker khas kat dalam. Macam biasa, baju semua kena tanggal dan diberi disposable panty n towel. Memang segalanya dibuat dalam bilik tu. Waktu steambath je aku rasa macam nk semput sebab 'asap' dia terlalu tebal dan aku terpaksa kuakkan pintu tu sedikit. Peluh kat badan rasa macam boleh diperah-perah.
Suasana bilik mengurut..see so elegan style..siap ada background muzik ombak2 gitu

Nampak infrared cabin (20minit duk dalam tu tapi peluh tak byk);
sebelah tu bilik air tempat nak steambath
Overall lepas kena urut bagai, pehh...terasa ringan je badan. Padan la ikutkan servis dorang memang mahal. Lagipun tukang urut badan dorang terlatih (bukan cikai2). Bahan-bahan urut kebanyakan ikut ala Cina punya tradisional stuff. Bila aku check balik website, rupanya HQnya dari Taiwan. Klik kat sini (memang takkan paham la kann) hehehe.. Nak balik tu macam biasa, dorang akan promote itu ini supaya next time korang akan datang lagi kat sini. Just pandai2 la korang nak cover macamana kan...(yela, pakai groupon je merasa benda macam ni..pas ni takde la) hihihi

Ni aku nak tunjuk contoh kelebihan guna groupon ni andai kata kalo korang tak paham (misalnya). Actually, korang bayar harga yang display untuk harga yang sepatutnya. Ala..senang citer, benda murah, sapa tanak? Kat bawah ni aku tepek sampel untuk pencerahan:

nak senang tengok beza bulat merah dengan bulat kuning kat situ
 p/s: Berbaloi-baloi! :)) Dalam groupon kadang tu ada gateway offer, makan-makan dan lain-lain. Bende-bende discount ni mmg aku suke! heeeee~~!! G kat sini kalo nak tahu lebih lanjut pasal groupon ni.












Wednesday, June 19, 2013

Redem Groupon - Dr Cafe Coffe

Kebetulan groupon ada wat promosi ni:
http://www.groupon.my/deals/klang/dr-CAFE-COFFEE/717080345.
Dan sebagai peminat kopi blended haruslah takkan lepaskan peluang macam ni kan? heheh..! Tengahari tadi aku ngn ofismate lunch kat sini. Jarak antara ofis aku  ngan Citta Mall dalam 15-20 minit (naik kereta). Tak sangka sampai sana parking masih FREE..(wah, aku teruja di situ!) Mula la berangan nak ajak cik abang datang sini..konon-konon nak tengok wayang..hahahah! Tak susah nak cari parking kosong, kereta masa ni tak banyak..sampai je terus dapat. Jalan-jalan terus cari Dr Cafe Coffee, senang je nak cari..dari luar leh nampak cafe dia.

Tu diaaaa...senyum lebar tak hengat nak bayar guna kupon!

Sampai je depan kaunter, tengok-tengok menu..terus order - caramel blended, espresso blended, chicken fujita dan blackforest cake 1 slice. Yang tang chicken fujita tu kitaorang share, sebab nampak sandwich macam besar, takut tak abis.

Sambil nak bayar tu snap gambar sama-sama...eh..eh..sempat nokk!

Overall cafe ni lebih kurang konsep macam Starbuck atau kafe-kafe kopi ekslusif yang lain. Environment cozy, seat pun ada jenis santai, comfortable ; which mean ada yang jenis minum sambil ko sandar malas-malas layan Ipad ke laptop. You can choose. Aku ngn member memang jenis tak kisah asal boleh duduk; layan lepak sambil borak-borak lepas tension pasal hal kerja. Ok, itu rahsia!

Total RM45.60..guna groupon RM18. Only add on RM5.60, Still satisfied

So, keseluruhannya, kopi dia ok...pada aku tak manis sangat..cuma kek dia still cant beat Secret Recipe. Yeah, mujur roti tu kitaorng share, tu pun da kenyang..and it's tasty. Tak rugi nak try. Apapun for 1st timer, layanan tidak mengecewakan and next time may be i will b try other coffee here. Kbai!

Tuesday, May 14, 2013

Western luncheon - Bonjour Cafe

Entah macamana, tetiba hari ni rasa nak makan western ; ari-ari makan nasik nak jugak tukar selera sikit. Setelah berjaya racun ofismate gua (yang pun tak ada idea tengah pikir nak makan mana) dia pun setuju ikut gua g Plaza Jelutong (kat Bukit Jelutong). Dari ofis nak g sana dekat 10 minit (nek keta la). Kebetulan sebelum tu penah jugak ajak dia g situ sebab ada kedai makan ala-ala cafe (cam secret recipe tu..). Nama kedai dia Bonjour Cafe - satu lagi branch kalau tak silap kat Kota Damansara. Dipendekkan citer, style order bukan duduk dorang serve; sebaliknya kene beratur pilih order...yep, old skull style..heheh. Kebetulan dorang ada lunch pakej - steak ada wedges dan sayur2 mayonis tu (sumpah time ni lah pulak leh lupa nama dia!) RM9.80 sahaja. Boleh pilih either beef, chicken or lamb. So kitaorang decide amik sama je, yeap - name is Chicken Maryland. Ok, perut pun da lapar...jemput makan ;)

Lebih kurang macam chicken steak la..

Thursday, May 02, 2013

i'm back!

hello!
lama giler tak update since cuti nk deliver aritu. btw, masuk keje aritu 8 April; which means da 3 minggu masuk keje. my boy pun da genap usianya 3 bulan. Hari2 rase nak balik awal, nk layan keletah manja dia tu..lain rasanya da ada bby ni..hehehe. :D. P keje, antar kat umah abg ipar, kakak ipar tolong jagakan..lagipun dia tak keje. Nak antar pengasuh, zaman skang ni macam2 hal. Tak berani nak amik risiko..huhuh. Daddy pun skng ni jadual keje da lain, masuk shift..so ari minggu pun kadang kene keje. Mujur mommy ari minggu cuti standard.

+ Alif Izzudin, buah hati daddy & mommy +
My mom owez asking me "kaklong bagi Alip makan ape?" hewhew..makan? Masa cuti pantang tu memang fully breastfeed (BF) je, tak campur susu lain. Masuk je keje, tepaksa la antar jugak susu formula takut tak cukup, eventhough ada gak letak susu pam. Tapi bila masuk keje minggu kedua, susu badan da makin berkurang :(...isk~ Oh ya, susu formula yang kitaorang bagi, susu Anmum. (Hubby kata nanti masuk umo dia 6 bulan nk tukar susu Snow, member recommend) Wat masa ni belum ada apa2 alahan la demam ke cirit ke..so far belum terpkir nk tukar susu lain. Tunggu daddy jela yang buat keputusan, maklum la anak cayang daddy...hihihh..

Thursday, January 24, 2013

Alahai harga barang...

Sigh...~
Nape la harga barang makin lama makin meningkat...tak macam dulu-dulu.
Tak payah citer pasal harga makanan la, even barang-barang kat supermarket atau hypermarket dulu pun lagi class dari barang sekarang, lagi banyak choice tak macam sekarang.
Contoh paling ketara, dulu aku penah guna syampu Vidal Sassoon...ye....time tu boleh dikatakan syampoo mahal (takde la mahal sangat pon) tapi seingat aku ada je jual kat Parkson ke apa. Tak pun pakai syampu Shurei...ingat lagi tak? Skang ni brand syampu biasa-biasa je jual kat hypermarket..nak brand yang ada class sket beli kat saloon..pehh!

Time 90an dulu packaging dia camni, tak tau la skang ni macamana..
Tu baru zaman aku sekolah menengah, almaklum la duk hostel..ujung minggu je shopping sakan..bawa RM50 tu macam anak orang kaya bershopping..
Time aku sekolah rendah tak payah citer la...seketul goreng pisang yang besar dan sedap baru dimasak baru 10sen! La ni nak 30sen pun sekali ngap je...cinonet lak tu. Seringgit goreng pisang dulu boleh beli 10 ketul! Kuih-kuih lain majoriti 20sen, air secawan 5sen. Kaya kan orang dulu? hahahahha...Majalah Dewan Pelajar pertama aku beli (time tu darjah tiga tak silap) baru $1 - baca betul2...seringgit oke! Setakat majalah dalam sekolah tu (ada komik ET) tu baru 20sen, kalo tebal sikit baru 50sen - dulu aku rajin beli..malah takde pun unsur2 politik dalam komik tu...sangat best!
Entahla, aku teringin nak harga barang kembali macam dulu...murah dan banyak. Tapi agak mustahil. Harga barang dua ke tiga kali ganda naik, tapi pendapatan rakyat naik pun sekali ganda. Paling tak bleh blah, ada lagi pendapatan orang (merujuk yang da berkahwin dan ada anak ye) RM700-RM900 zaman skang ni...camner dorang survive eh?

Bermulanya episod 'honeymoon'

"...ni bukan honeymoon pas kahwin ya!"
Rabu lepas aku da stat cuti....yela tak lama lagi perut aku ni nak meletop..dengan kata lainnye, cuti bersalin. Dua bulan cuti bergaji..tahun ni raye cine tak dela dapat sekotak limau pree macam tahun-tahun sebelumnye..apalagi angpow, cuma annual leave aku selamat sikit dari automatic deduct - 2 hari tuuu...~!! Da 4 tahun aku keje, biasanya raya Cina ofis tutup seminggu. (company chinese maaa..)

So, Rabu tu juga aku gi check-up ngn cik abang. Kali ni appointment kol 9 pagi..gerak awal tapi still lambat. As usual, wat urine test, timbang berat and blood pressure test. Cuma kali ni kene pegi kelas penyusuan ibu-ibu selama setengah jam. Abis je kelas, nak tunggu check kat doktor dekat kol 1 tghari - arghhhh! bedarah idung aku menunggu. Oh ya, arini ramai sangat orang...tak tau napa...

Balik dari check-up, singgah Tesco Shah Alam, lunch kat situ...then beli barang dapur sikit (dekat RM200 berabis! tapi tak jugak penuh troli tu..).

Saturday, January 19, 2013

Menghitung hari

Kali ni aku tak tau nak post apa malam ni....totally blur..(erk?)
Sebenarnya dah tak sabar nak cuti, lagi 2 hari bekerja je tinggal, masuk 23hb januari - aku cuti. Tu pun sebab time tu aku ada appointment checkup, alang2 amik la AL. Maternity leave aku start ari Selasa 29hb januari...2 bulan cuti bergaji; keje swasta kannn...kalo gomen 3 bulan (untungnyeeee~). 

Siang tadi orang datang pasang grill umah, time dorang sampai cik abg tengah beli breakfast. Riuh la umah kejap dengan bunyi gerudi, tukul bagai....sudahnya dalam perut aku mengamuk2 budak kat dalam tak duk diam dek bising tak hengat! Nak sarapan time tu pun cam nk ilang selera tapi telankan aje - abis juga roti canai ngn roti telor aku bedal. ceh!

Next week, MIL datang. Cik abang amik cuti ari Rabu tu je, Khamis cuti Maulidur Rasul, Jumaat keje balik. Awalnya dia nak datang ari Sabtu, tapi risau aku sensorang Jumaat tu, tukar ari Khamis. Aku ada pesan jugak dengan famili aku sendiri kot2 ada volunteer ke nak datang teman aku ke...tapi aku boleh agak jawapan dorang macam mana...itu pun aku tak paksa. Tak pela, janji ada teman...buatnye aku nak terberanak sensorang masa cuti dalam rumah tu karang haru jugak...heh..
Anyway, bilik kat bawah pun dah prepared completely..siap; daddynye watkan almari khas tuk baby ni.. Stroller siap pasang nak letak baby tido dalam tu...ada comforter lagi (semanagat giler beliau!). Yela, nanti dalam pantang aku bukannya boleh naik tangga turun tangga...nak tak nak tepaksa duduk bilik sementara tu. Senang nanti nurse nak datang wat checkup kat kitaorang....dan aku sendiri pun takde la nak besusah payah nak mendaki naik kat bilik atas tu. 
Cuma bila aku fikir balik, famili aku...lebih-lebih lagi ada soseh2 suh aku abis bersalin; berpantang kat kampung - eh? Tak tau, laki aku ni boleh mengelupur kalo aku takde. Apapun kita merancang, yang menentukan terserah pada yang Maha Mengetahui. Harapan aku semoga baby kandungan temasuk aku sekali selamat. Moga2 menjadi anak yang soleh suatu hari nanti....InsyaAllah. 
"Daddy dah tak sabar sangat nak jumpa kamu ni..." - :D

Monday, January 14, 2013

tik..tok..tik..tok

Humm...lagi beberapa ari lagi aku nak cuti. Mood nk keje makin lemau temasuk yang staf2 yang lain - maklum la tak lama nk pindah ofis baru. Ada keje pun memasing cam nak taknak buat je.. Tapi time dorang pindah tu aku da selamat cuti...hehehe. Minggu ni genap kandungan aku 9 bulan a.k.a. 38 weeks..(wow, cepat tul masa belalu) next week kene pegi checkup lagi - 23hb Jan 2013 (harap2 time tu aku tak kene warded lagi sbb penah baca blog someone, time dia checkup tetiba kene tahan padahal that time dia belum ada simptom2 nk teberanak lagi). Since aku akan deliver kat PPUM, so buku merah ni aku simpan je la in case..
Buku merah aka check up book under KKM

Kat PPUM rekod ibu2 disimpan dalam fail khas, dorang cuma bagi kita pegang appointment card kaler biru.
Time checkup kene bawa kad ni... 
Kad appointment PPUM..

Ruang menunggu kat klinik ibu PPUM..cantik kan? masa ni 1st time datang nak register

Ada la hiburan tuk budak2 kalo bosan2 menunggu dengan mak2 dorang
Mujur vitamin yang dibagi aritu masih ada sampai skang. Cuma baru2 ni cik abg beli lagi susu anmum tu..tak tau la boleh abis ke tak. Lagi beberapa minggu je ni..huuhuhuh

Ni la supplement aku makan sepanjang pregnant..obimin je kat farmasi aritu aku tgk dekat RM22 (yang ni dapat pree je..hihhih)

Sunday, January 13, 2013

Selamat pengantin baru!

Entri ini ditujukan khas buat member aku (same study uitm) yg telah selamat diijabkabulkan semalam. Congratulations to both couple...Yana & Roman :D. Both of you look gorgeous and pretty!
Gift for guest - potpuri
Me n hubby bertolak dari Klang pukul 5.40pm, (cadang nak bertolak awal takut jem kat kl, maklum la time tu kecoh ada perhimpunan sejuta belia kat Stadium Merdeka). Tak ikut federal hiway, masuk NKVE - Duke hiway, then tempuh Ulu Kelang, kemudian ikut Akleh - keluar ikut susur Jalan Tun Razak. Punya la tanak tempuh jem punya pasal...becinta ikut jalan jauh...kehkehkeh! Kebetulan majlis tu buat kat Menara Tun Razak, area Bukit Bintang, so kalo ikut federal petang2 minggu rasa mau sesak jugak..malas nk cari pasal, baik kitaorang ikut jalan jauh..keta pun tak banyak..sekurang2nya sampai jugak kol 7pm (member aku ni suh datang dalm kol 7.30pm). Sampai2 je kene register, (memandangkan majlis ni agak formal, table pun kene book), aku wassap yang lain; rupanya ada yang tengah teman pengantin bersiap kat room atas..so aku decide masuk je dalam dewan dan tunggu yang lain datang Rupanya awal jugak aku sampai...tak lama lepas tu datang salah sorang member aku ngan bini dia.. mujur ada geng borak..phew..~

Menu yang disediakan
Dipendekkan cerita, member aku yang nak kawin ni 1st time jumpa pasangan masa kat kelas salsa area Bangsar. Actually yang lelaki tu made it 1st move, start dari situ dorang close each other. Maybe masing2 da serasi, so yang lelaki tu propose member aku ala omputih (mmg dia pun omputih..hihihi). Bulan Ogos tahun lepas time Raya aritu engaged, then pagi semalam 12 Jan 2013 pukul 10.30am selamat nikah...Aminn..Buat dalam bangunan ni jugak tapi kat dewan sebelah Dewan Tun Rahah. 

Apapun tahniah diucapkan pada dorang, dan aku happy sangat tengok member2 aku selamat mendirikan rumahtangga. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Banyak kenangan masa study dulu- monteng kelas, meniru time exam, mengular...paling tak boleh blah, grup kitaorang ni ada nama rasmi - Cendol. Ahaks! 
pelamin simple, tapi menarik!
Harap persahabatan Cendol kekal sampai bila2..
Geng cendol dan pasangan masing2..salah sorang tgh jadi pengapit pengantin

Thursday, January 10, 2013

Check up - weeks 37

    Salam semua..semalam amik cuti sehari pegi checkup kali kedua kat PPUM. Kali ni cik abg ikut sekali (dia pun amik cuti sehari, almaklum la tahun baru, stok cuti pun baru..hehehe). Sampai je sana - register, wat urine test, cek tekanan darah..pastu dorang suh p scan kat tingkat 1 (klinik ibu kat tingkat 2 kat sini). Kitaorang sampai kat PPUM dekat pukul 8.10am, bayangkan tak sampai kul 9 lebih (temasuk scan)- da setel. Pas tu tunggu turn kene panggil check dengan doktor. Sebelum ni aku wat checkup kat klinik kesihatan biasa/gomen  (normally, ibu2 biasa kene bawa buku merah sekali, tapi kat PPUM dorang tak pakai sebab segala rekod dorang simpan dalam fail khas). Tapi nak menunggu turn kat klinik gomen, Tuhan sahaja yang tahu...Kalo ko sampai sebelum kol 8 pagi pun belum tentu kol 9.30 nama ko kene panggil (berdasarkan pengalaman). Memang memerlukan kesabaran yang teramat tinggi...heh!
     Ok, habis checkup kol 10am - next appointment lagi 2 weeks. (time tu kandungan da masuk 39weeks, sempat ke?). Harap2 time tu belum lagi contraction, kalo tak memang kene tahan wad lerr...Lepas checkup, kitaorang jalan2 kat midvalley, siap breakfast nasi lemak kat foodcourt ground floor..Heaven giler kot, sampai sana parking senang, dengan orang tak ramai...kalo time sabtu ahad mau sesak dengan orang ramai lagi2 dengan perut da makin sarat (ada hati lagi nk jalan2 gitu). Masuk2 je, bende pertama cik abg nk cari refil parfum Lamp Berger; sbb da abis. Kalo dulu sebotol RM200++, now da murah - RM138.

bau dia memang fresh! b4 this pakai lavender parfume..still ok jugak

Sempat singgah kat butik UniqLo (aku mmg berkenan dengan fleece a.k.a sweater kain lembut kat sini..hihihi) Lebih2 lagi design printed, ada pilihan corak2..(jenis plain color pun ada); tengah2 belek tu baru aku perasan ada offer price dari RM79.90 jadi RM39.90! Tak tunggu dah, terus amik satu..(pikir nk bawa kat hospital nanti) :D

contoh fleece printed, gua punya soft blue ada pokodot giteww...
Petang tu, sempat lagi layan movie CZ12, last action movie Jackie Chan (katenye laa..)

byk sangat action, tapi jalan cerita dia wat aku pikir panjang jap..huhuh