Jumaat lepas aku amik cuti 1 hari semata-mata nak buat appoitment dengan spa ni. Dah 2 minggu aku beli kupon ni, so aku nekad sebelum Ramadhan tiba aku nak kasi refresh balik sengal2 urat dalam badan ni. Maklum la, lepas beranak ni aku kureng sikit jaga badan..alang2 groupon ada offer best ni memang aku tak lepaskan peluang la. Zap! cargas saje aku bayar menggunakan online banking (mentang bajet tengah ada; tu aku gunakan dengan sepenuhnya).Tempat aku nak pegi ni kene add-on RM20 - coz deluxe outlet.
 |
Ni tempatnya, awal 15 minit aku sampai. Memang situ area2 butik kecantikan. |
Kebetulan cik abang pulak offday hari yang sama, so dia jadi baby sitter jaga Alip jap. Hikhik...lagipun da set appoitment pagi pukul 10 pagi. Bangun pagi tu, bancuh susu Alip lepas mandi bagai - dalam pukul 9 suku pagi aku gerak pegi Bukit Tinggi Klang. Mujur tempat ada banyak outlet, salah satunya dekat Bandar Botanic berhadapan dengan Jusco Bukit Tinggi. Kalau diikutkan bukannya jauh sangat pun Bukit Tinggi dengan Rantau Panjang Klang, tapi aku tak confident takut lewat sampai. Oh ya, mulanya cik abang nak teman sekali, tapi aku takut dia bosan sebab treatment dalam 3 jam! Apa nak dibikin lelaki disitu kalau dalamnya all ladies sajo? ahaks! Nak tanak tepaksa la dia duk umah..lagipun poket tengah tak berapa best nak pegi bejalan-jalan masa tu..hikss!
 |
Interior kat depan. Simple dan menarik! |
Sampai-sampai saje, memang disambut mesra. Dorang minta duduk dulu, sebelum tu kene tukar sandal khas. Kasut aku simpan dalam locker. Pastu dihidang rose tea (aku tertarik dengan cawannya!).
 |
Sandal khas pakai kat dalam |
 |
Jemput minum dulu ya..sebelum minum
aku tenung cawan piring dia..cantik! |
Ok pasal rose tea ni dihidang 3x; 1st masa sampai, 2nd lepas kene urut n 3rd, waktu nak balik. Yang bestnya, sebelum masuk infrared kabin pon aku diberi minum air milo dengan roti sebab takut aku pengsan. Erk..pagi tu aku da breakfast tapi awal sangat masa tu, so dorang bagi untuk tenaga lebih sikit. Bilik treatment dorang pun bagi aku sangat kool! ok, very privacy means tak ada share la. Barang pon boleh simpan dalam locker khas kat dalam. Macam biasa, baju semua kena tanggal dan diberi disposable panty n towel. Memang segalanya dibuat dalam bilik tu. Waktu steambath je aku rasa macam nk semput sebab 'asap' dia terlalu tebal dan aku terpaksa kuakkan pintu tu sedikit. Peluh kat badan rasa macam boleh diperah-perah.
 |
Suasana bilik mengurut..see so elegan style..siap ada background muzik ombak2 gitu |
|
|
 |
Nampak infrared cabin (20minit duk dalam tu tapi peluh tak byk);
sebelah tu bilik air tempat nak steambath |
Overall lepas kena urut bagai, pehh...terasa ringan je badan. Padan la ikutkan servis dorang memang mahal. Lagipun tukang urut badan dorang terlatih (bukan cikai2). Bahan-bahan urut kebanyakan ikut ala Cina punya tradisional stuff. Bila aku check balik website, rupanya HQnya dari Taiwan. Klik kat
sini (memang takkan paham la kann) hehehe.. Nak balik tu macam biasa, dorang akan promote itu ini supaya next time korang akan datang lagi kat sini. Just pandai2 la korang nak cover macamana kan...(yela, pakai groupon je merasa benda macam ni..pas ni takde la) hihihi
Ni aku nak tunjuk contoh kelebihan guna groupon ni andai kata kalo korang tak paham (misalnya). Actually, korang bayar harga yang display untuk harga yang sepatutnya. Ala..senang citer, benda murah, sapa tanak? Kat bawah ni aku tepek sampel untuk pencerahan:
 |
nak senang tengok beza bulat merah dengan bulat kuning kat situ |
p/s: Berbaloi-baloi! :)) Dalam groupon kadang tu ada gateway offer, makan-makan dan lain-lain. Bende-bende discount ni mmg aku suke! heeeee~~!! G kat
sini kalo nak tahu lebih lanjut pasal groupon ni.
hi nak tanya~ beautician tu ada hard sale keh? lepas u buat tu treatment? I try beberapa treatment service (dgn lain lain punya kedai) melalui coupon juga, tapi dapat punya service memng mengecewakan!
ReplyDeleteI got bad experience, sebab i tak nak sign up package dgn mereka, tu beautician marah i pula!
maaf for my bad bahasa melayu~ hahaha ^^
Thanks for sharing for your experience =)
hi mummumyumyum! thx for reading my blog.. sori late to reply. Last time, memang mereka ada buat promotion lepas treatment tapi i tak ambik. By d way, mereka pun tak force kita. Lagipun mereka tak ada hak nak paksa customer untuk sign up apa2 pakej kecuali customer tu sendiri yang rela. Kebetulan tempat yang i pergi tu memang puas hati. Maybe pakej spa ni tengok tempat, kadangkala servis sesetengah tu ada baik dan ada yang kurang. :)
Delete