Saturday, January 19, 2013

Menghitung hari

Kali ni aku tak tau nak post apa malam ni....totally blur..(erk?)
Sebenarnya dah tak sabar nak cuti, lagi 2 hari bekerja je tinggal, masuk 23hb januari - aku cuti. Tu pun sebab time tu aku ada appointment checkup, alang2 amik la AL. Maternity leave aku start ari Selasa 29hb januari...2 bulan cuti bergaji; keje swasta kannn...kalo gomen 3 bulan (untungnyeeee~). 

Siang tadi orang datang pasang grill umah, time dorang sampai cik abg tengah beli breakfast. Riuh la umah kejap dengan bunyi gerudi, tukul bagai....sudahnya dalam perut aku mengamuk2 budak kat dalam tak duk diam dek bising tak hengat! Nak sarapan time tu pun cam nk ilang selera tapi telankan aje - abis juga roti canai ngn roti telor aku bedal. ceh!

Next week, MIL datang. Cik abang amik cuti ari Rabu tu je, Khamis cuti Maulidur Rasul, Jumaat keje balik. Awalnya dia nak datang ari Sabtu, tapi risau aku sensorang Jumaat tu, tukar ari Khamis. Aku ada pesan jugak dengan famili aku sendiri kot2 ada volunteer ke nak datang teman aku ke...tapi aku boleh agak jawapan dorang macam mana...itu pun aku tak paksa. Tak pela, janji ada teman...buatnye aku nak terberanak sensorang masa cuti dalam rumah tu karang haru jugak...heh..
Anyway, bilik kat bawah pun dah prepared completely..siap; daddynye watkan almari khas tuk baby ni.. Stroller siap pasang nak letak baby tido dalam tu...ada comforter lagi (semanagat giler beliau!). Yela, nanti dalam pantang aku bukannya boleh naik tangga turun tangga...nak tak nak tepaksa duduk bilik sementara tu. Senang nanti nurse nak datang wat checkup kat kitaorang....dan aku sendiri pun takde la nak besusah payah nak mendaki naik kat bilik atas tu. 
Cuma bila aku fikir balik, famili aku...lebih-lebih lagi ada soseh2 suh aku abis bersalin; berpantang kat kampung - eh? Tak tau, laki aku ni boleh mengelupur kalo aku takde. Apapun kita merancang, yang menentukan terserah pada yang Maha Mengetahui. Harapan aku semoga baby kandungan temasuk aku sekali selamat. Moga2 menjadi anak yang soleh suatu hari nanti....InsyaAllah. 
"Daddy dah tak sabar sangat nak jumpa kamu ni..." - :D

No comments:

Post a Comment