Monday, September 09, 2013

matta fair 2013!

yeee..matta fair kembali untuk kali terakhir tahun ni! (kebetulan company tgh setup wat job ni). Tetiba mood aku nk bercuti pun datang...kali ni merewang ke eropah. (Nak bercuti biar betul2 kan?). Teringin nk bercuti kat..

...sini!
amsterdamm...antara bandar eropah jadi pilihan
sini!...
dari dulu lagi aku teringin nk g sini..kota cinta
sini!..
arghhhh! windmill...holland, negara bunga tulip
 sini!! ...
antara bandar Jepun yang cantik, sakura sana sini..

 ..tapi macamla ada duit nak jenjalan g sana...(mimpi jelaaa..).



Wednesday, September 04, 2013

Valencia - Moving stock!

Tengahari tadi singgah kejap kedai perabot Valencia area opis aku kat sg buloh. Kebetulan aku tertarik dengan ayat kat banner situ  'MOVING STOCK' sebab biasanya harga barang lebih murah gila babun termasuk la perabot baru kuar. Almaklumla, showroom nak pindah tempat baru, lagi luas.. bak kata salesperson mereka. Oh ya, jualan murah ni hanya berlangsung sampai 30 November ni. Aku tak tau sama ada ni langkah kanan atau duit dibank itu tidak perlu diusik dulu? ARgghhhhh...aku pening kejap! k, garu kepala....
terus minat dengan meja dan harga dia! ohhh tertawan abis
Kalau diikutkan kedai dia kat tepi jalan je, besar dan bangunannya buruk (jika tengok dari luar). Sekali bila masuk je, nah kauuu..luasssss..! Dan customer memang tak ramai (mungkin yang datang pun orang yang keje area situ2 je...macam aku :D). Jom jalan2 tgk dalam dia..

Ni antara pandangan dari pintu masuk depan
 
Set sofa, set meja makan dan perabot hiasan ada kat area ni..

Luaskan? Jemputla survey2 :)

Sana sini ditampal kertas kuning (lepas discount). Memang tak tentu arah aku dibuatnya (padahal aku wat2 cool je).hahhahaha. Masa tu la dalam kepala nak ajak cik abang datang sekali kot dia nak usha2 kabinet tv kat situ. Dan masa tu jugak aku pikir nak beli set bilik tido anak bujang sorang tu...hiihih..

Bahagian tingkat atas, kebanyakan da move

Nampak katil besi tu? Harga asal dekat RM700, after less dekat RM400. Iye, saya berkenan..! Tapi baru2 ni tengok dekat IKEA katil besi dia pun cantik, tapi tak tau kukuh ke tidak.


siap print screen lagik!

Al maklum la perabot kat umah tu tak berapa nak complete sangat...tv pun letak atas rak Giant time aku bujang tu (tunggu masa je tu..)ada tu pulak kotak besar cover dengan kain konon nampak macam meja. sekurang2nye beli sikit2 mana mampu, tak mahal atlist proper..tetamu datang pun tak segan..:D. Survey meja makan bulat harga rata2 dekat 1k..mana la mampu..."meja je kottt.."...huhuk.~~


Yang ni special kabinet. Pasai apa? Sebab ni versi export punya..real kayu..bukan compress2. Memang kukuh, tahan lama. Oh ya, dan ianya BARANG BARU! Tgk la harga yang dia display, giler kan? Kilang yang buat ni da bankrap, so dorang nak abis kan stock. Kalo jual harga biasa mau dekat ribu2.

Memang kene jugak ajak cik abg!...aku da tebayang2 dah ni...hahhahaha!



Wednesday, August 28, 2013

Malang tidak berbau :(

Pagi tadi time nak g keje, macam biasa aku akan lalu satu lorong kecil dari rumah menuju jalan besar. Kebiasaannya mana2 kereta yang masuk akan diberi laluan oleh kereta yang nak keluar. Dipendekkan cerita, lepas bagi satu kereta tu masuk, sekali bumper depan ku tersagat batu besar (sumpah memang tak nampak dek aku ni rendah sangat). Adusss...musibah sungguh. Secara tak langsung mood aku pagi tu down kejap (dah la sebelum ni ada kemek sana sini tapi tak repair lagi). Next week pulak gaji, nak taknak kene korban jugakla tuk tenggiling bertuah ni....arghhhhhhh!!


haii...da nasib~~ sob..sob...

Wednesday, June 26, 2013

Redem Groupon - Bio jourdeness

Jumaat lepas aku amik cuti 1 hari semata-mata nak buat appoitment dengan spa ni. Dah 2 minggu aku beli kupon ni, so aku nekad sebelum Ramadhan tiba aku nak kasi refresh balik sengal2 urat dalam badan ni. Maklum la, lepas beranak ni aku kureng sikit jaga badan..alang2 groupon ada offer best ni memang aku tak lepaskan peluang la. Zap! cargas saje aku bayar menggunakan online banking (mentang bajet tengah ada; tu aku gunakan dengan sepenuhnya).Tempat aku nak pegi ni kene add-on RM20 - coz deluxe outlet.
Ni tempatnya, awal 15 minit aku sampai. Memang situ area2 butik kecantikan.
 Kebetulan cik abang pulak offday hari yang sama, so dia jadi baby sitter jaga Alip jap. Hikhik...lagipun da set appoitment pagi pukul 10 pagi. Bangun pagi tu, bancuh susu Alip lepas mandi bagai - dalam pukul 9 suku pagi aku gerak pegi Bukit Tinggi Klang. Mujur tempat ada banyak outlet, salah satunya dekat Bandar Botanic berhadapan dengan Jusco Bukit Tinggi. Kalau diikutkan bukannya jauh sangat pun Bukit Tinggi dengan Rantau Panjang Klang, tapi aku tak confident takut lewat sampai. Oh ya, mulanya cik abang nak teman sekali, tapi aku takut dia bosan sebab treatment dalam 3 jam! Apa nak dibikin lelaki disitu kalau dalamnya all ladies sajo? ahaks! Nak tanak tepaksa la dia duk umah..lagipun poket tengah tak berapa best nak pegi bejalan-jalan masa tu..hikss!
Interior kat depan. Simple dan menarik!

Sampai-sampai saje, memang disambut mesra. Dorang minta duduk dulu, sebelum tu kene tukar sandal khas. Kasut aku simpan dalam locker. Pastu dihidang rose tea (aku tertarik dengan cawannya!).


Sandal khas pakai kat dalam

Jemput minum dulu ya..sebelum minum
 aku tenung cawan piring dia..cantik!


Ok pasal rose tea ni dihidang 3x; 1st masa sampai, 2nd lepas kene urut n 3rd, waktu nak balik. Yang bestnya, sebelum masuk infrared kabin pon aku diberi minum air milo dengan roti sebab takut aku pengsan. Erk..pagi tu aku da breakfast tapi awal sangat masa tu, so dorang bagi untuk tenaga lebih sikit. Bilik treatment dorang pun bagi aku sangat kool! ok, very privacy means tak ada share la. Barang pon boleh simpan dalam locker khas kat dalam. Macam biasa, baju semua kena tanggal dan diberi disposable panty n towel. Memang segalanya dibuat dalam bilik tu. Waktu steambath je aku rasa macam nk semput sebab 'asap' dia terlalu tebal dan aku terpaksa kuakkan pintu tu sedikit. Peluh kat badan rasa macam boleh diperah-perah.
Suasana bilik mengurut..see so elegan style..siap ada background muzik ombak2 gitu

Nampak infrared cabin (20minit duk dalam tu tapi peluh tak byk);
sebelah tu bilik air tempat nak steambath
Overall lepas kena urut bagai, pehh...terasa ringan je badan. Padan la ikutkan servis dorang memang mahal. Lagipun tukang urut badan dorang terlatih (bukan cikai2). Bahan-bahan urut kebanyakan ikut ala Cina punya tradisional stuff. Bila aku check balik website, rupanya HQnya dari Taiwan. Klik kat sini (memang takkan paham la kann) hehehe.. Nak balik tu macam biasa, dorang akan promote itu ini supaya next time korang akan datang lagi kat sini. Just pandai2 la korang nak cover macamana kan...(yela, pakai groupon je merasa benda macam ni..pas ni takde la) hihihi

Ni aku nak tunjuk contoh kelebihan guna groupon ni andai kata kalo korang tak paham (misalnya). Actually, korang bayar harga yang display untuk harga yang sepatutnya. Ala..senang citer, benda murah, sapa tanak? Kat bawah ni aku tepek sampel untuk pencerahan:

nak senang tengok beza bulat merah dengan bulat kuning kat situ
 p/s: Berbaloi-baloi! :)) Dalam groupon kadang tu ada gateway offer, makan-makan dan lain-lain. Bende-bende discount ni mmg aku suke! heeeee~~!! G kat sini kalo nak tahu lebih lanjut pasal groupon ni.












Wednesday, June 19, 2013

Redem Groupon - Dr Cafe Coffe

Kebetulan groupon ada wat promosi ni:
http://www.groupon.my/deals/klang/dr-CAFE-COFFEE/717080345.
Dan sebagai peminat kopi blended haruslah takkan lepaskan peluang macam ni kan? heheh..! Tengahari tadi aku ngn ofismate lunch kat sini. Jarak antara ofis aku  ngan Citta Mall dalam 15-20 minit (naik kereta). Tak sangka sampai sana parking masih FREE..(wah, aku teruja di situ!) Mula la berangan nak ajak cik abang datang sini..konon-konon nak tengok wayang..hahahah! Tak susah nak cari parking kosong, kereta masa ni tak banyak..sampai je terus dapat. Jalan-jalan terus cari Dr Cafe Coffee, senang je nak cari..dari luar leh nampak cafe dia.

Tu diaaaa...senyum lebar tak hengat nak bayar guna kupon!

Sampai je depan kaunter, tengok-tengok menu..terus order - caramel blended, espresso blended, chicken fujita dan blackforest cake 1 slice. Yang tang chicken fujita tu kitaorang share, sebab nampak sandwich macam besar, takut tak abis.

Sambil nak bayar tu snap gambar sama-sama...eh..eh..sempat nokk!

Overall cafe ni lebih kurang konsep macam Starbuck atau kafe-kafe kopi ekslusif yang lain. Environment cozy, seat pun ada jenis santai, comfortable ; which mean ada yang jenis minum sambil ko sandar malas-malas layan Ipad ke laptop. You can choose. Aku ngn member memang jenis tak kisah asal boleh duduk; layan lepak sambil borak-borak lepas tension pasal hal kerja. Ok, itu rahsia!

Total RM45.60..guna groupon RM18. Only add on RM5.60, Still satisfied

So, keseluruhannya, kopi dia ok...pada aku tak manis sangat..cuma kek dia still cant beat Secret Recipe. Yeah, mujur roti tu kitaorng share, tu pun da kenyang..and it's tasty. Tak rugi nak try. Apapun for 1st timer, layanan tidak mengecewakan and next time may be i will b try other coffee here. Kbai!

Tuesday, May 14, 2013

Western luncheon - Bonjour Cafe

Entah macamana, tetiba hari ni rasa nak makan western ; ari-ari makan nasik nak jugak tukar selera sikit. Setelah berjaya racun ofismate gua (yang pun tak ada idea tengah pikir nak makan mana) dia pun setuju ikut gua g Plaza Jelutong (kat Bukit Jelutong). Dari ofis nak g sana dekat 10 minit (nek keta la). Kebetulan sebelum tu penah jugak ajak dia g situ sebab ada kedai makan ala-ala cafe (cam secret recipe tu..). Nama kedai dia Bonjour Cafe - satu lagi branch kalau tak silap kat Kota Damansara. Dipendekkan citer, style order bukan duduk dorang serve; sebaliknya kene beratur pilih order...yep, old skull style..heheh. Kebetulan dorang ada lunch pakej - steak ada wedges dan sayur2 mayonis tu (sumpah time ni lah pulak leh lupa nama dia!) RM9.80 sahaja. Boleh pilih either beef, chicken or lamb. So kitaorang decide amik sama je, yeap - name is Chicken Maryland. Ok, perut pun da lapar...jemput makan ;)

Lebih kurang macam chicken steak la..

Thursday, May 02, 2013

i'm back!

hello!
lama giler tak update since cuti nk deliver aritu. btw, masuk keje aritu 8 April; which means da 3 minggu masuk keje. my boy pun da genap usianya 3 bulan. Hari2 rase nak balik awal, nk layan keletah manja dia tu..lain rasanya da ada bby ni..hehehe. :D. P keje, antar kat umah abg ipar, kakak ipar tolong jagakan..lagipun dia tak keje. Nak antar pengasuh, zaman skang ni macam2 hal. Tak berani nak amik risiko..huhuh. Daddy pun skng ni jadual keje da lain, masuk shift..so ari minggu pun kadang kene keje. Mujur mommy ari minggu cuti standard.

+ Alif Izzudin, buah hati daddy & mommy +
My mom owez asking me "kaklong bagi Alip makan ape?" hewhew..makan? Masa cuti pantang tu memang fully breastfeed (BF) je, tak campur susu lain. Masuk je keje, tepaksa la antar jugak susu formula takut tak cukup, eventhough ada gak letak susu pam. Tapi bila masuk keje minggu kedua, susu badan da makin berkurang :(...isk~ Oh ya, susu formula yang kitaorang bagi, susu Anmum. (Hubby kata nanti masuk umo dia 6 bulan nk tukar susu Snow, member recommend) Wat masa ni belum ada apa2 alahan la demam ke cirit ke..so far belum terpkir nk tukar susu lain. Tunggu daddy jela yang buat keputusan, maklum la anak cayang daddy...hihihh..